Rabu, 16 November 2011

Kampung Boy Sebenarnya Animasi Terbaik Dari Malaysia








Adakah anda masih lagi mengingati cerita animasi atau komik Kampung Boy karya Dato Lat (Mohd Nor Bin Khalid) ini? Sekarang zaman animasi Upin dan Ipin bukan? Tapi percayakah anda bahawa animasi Upin dan Ipin belum setanding lagi dengan animasi Kampung Boy walau pun animasi Upin dan Ipin menggunakan tenik CGI yang lebih moden.






Kartun-kartun lakaran Dato Lat ini semuanya mengambarkan suasana kampung, kebudayaan dan tradisi yang ada di Malaysia. Orang Jerman siap cakap dorang mengenali Malaysia melalui animasi Kampung Boy.







Kampung Boy satu-satunya karya anak jati Malaysia yang berjaya membawa warna warni kemakmuran negara Malaysia dimata dunia. Tira berharap Upin dan Ipin akan mampu menjadi generasi animasi yang menyambung kejayaan Kampung Boy ini. Malaysia Boleh!





************************************************************************

Fakta: Tahukah anda bahawa watak utama di dalam Kampung Boy adalah seorang budak yang bernama Mamat. Karekter ini diinspirasikan oleh Dato Lat daripada saudara kandungnya sendiri iaitu Mamat Khalid seorang pengarah filem tempatan (Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah).








Sumber: http://ceritatira.blogspot.com/2011/02/kampung-boy-sebenarnya-animasi-terbaik.html

1 ulasan:

  1. mmm.. Saya doakan semakin banyak animasi dari malaysia yang berkualiti... Amin

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...