Selasa, 5 April 2011

ISU PENDIDIKAN SENI

Isu dalam Pendidikan Seni merangkumi pelbagai bidang dan disiplin, ada kalanya ia berkaitan terus dengan seni seperti penciptaan, kritikan, sejarah dan nilai estetika. Tetapi ada kalanya, ia menyimpang daripada seni seperti isu hak kesamarataan gender (lelaki & perempuan), kepelbagaian budaya dan isu-isu sosial lain seperti status darjat, walaupun kadang kala sepatutnya ia difikirkan secara berasingan. Isu-isu berkaitan dengan feminis sebagai contoh, timbul persoalan bagaimana ilmuan seni telah dipengaruhi isu-isu oleh pemikir pasca moden.

Isu hak kesamarataan serta peluang antara lelaki dan perempuan telah menjadi suatu isu yang besar dalam era pasca moden, menjurus kepada isu-isu yang kurang membina, perlambangan, pasca strukturalis dan teori-teori kritikan lain. Isu ini mempengaruhi semua bidang termasuk bidang seni. Pentafsiran-pentafsiran sebelum ini tentang feminis telah dikaji oleh ilmuan-ilmuan seni untuk dijadikan teori dan praktikal. Sandell (1991) mendapati bahawa kefahaman tentang feminis amat perlu untuk perubahan bagi mengatasi keperluan-keperluan sosial dan pembangunan komuniti.

Hagaman (1990) menyatakan, bahawa wujud hubungan yang jelas antara ketiga-tiga bidang iaitu sejarah seni, kritikan seni dan estetika. Pengkaji menuntut untuk mendapatkan peluang kepada wanita untuk berkarya dalam bidang seni, di samping menyerlahkan peranan dan memberi pendapat dalam bidang seni (sama ada yang nyata atau abstrak). Selain itu, pemikir feminis juga mengambil sikap kurang membina, menyatakan pembabitan wanita dalam bidang seni masih secara tradisional (pemikiran yang kolot) dan ini merupakan satu isu juga.

Dia menegaskan bahawa karyawan, sejarah seni dan kriteria kritikan dikaji secara berterusan, berpenilaian dan dalam konteks yang spesifik.

Garber (1990), menyimpulkan implikasi kritikan tentang seni feminis dapat dilihat dalam pendidikan seni:

“Melalui kritikan pasca strukturlisme, Marxism (Fahaman Komunis), isu kesamarataan ini merupakan isu utama untuk mencapai hak kesamarataan status. Asas-asasnya berlandaskan sosial analisis, arena politik dan pengetahuan kendiri. Iaitu yang memberi kesan kepada sistem tentang bagaimana wanita digambarkan dan bergantung kepada bagaimana sesuatu kefahaman dasar-dasar politik berkenaan hak-hak wanita dan bagaimana kepercayaan serta pengalaman seseorang itu.”

Korzenik (1990) pula berpendapat, penerimaan dan kepercayaan tentang kekuatan seseorang wanita mampu menarik perhatian, sikap ingin tahu, kepedulian (prihatin), tidak seperti dengan pendapat yang sudah-sudah. Membuatkan kehidupan lebih bermakna dan perasaan kita berada di tahap keinginan tertinggi disebabkan wujudnya wanita sebagai inspirasi.

Garber (1990) juga ada menyatakan bahawa kritikan tentang hal ini amat sukar diubah dan masih berterusan bergantung kepada kesedaran persekitarannya.

Bahasa yang dipilih dalam percakapan dan penulisan juga menyebabkan sikap berat sebelah dalam membincangkan topik feminis ini. Perbezaan jantina yang ketara dan penggunaan bahasa dapat menyatakan sejauh mana pendapat memihak atau tidak memihak kepada sesuatu jantina, pengabaian dan pemesongan. Kadang-kadang seseorang itu berpendapat berbeza pada asalnya namun kemudiannya menyatakan pandangan lain atas dasar simpati. Sebagai peranan seseorang penulis dalam mempastikan keseimbangan jantina, dicadangkan hendaknya tidak memasukkan isu-isu yang sensitif dalam sesuatu tulisan dan memberi peluang mengetengahkan karya masing-masing tanpa mengira jantina (Turner, 1990). Pandangan ini bukan sahaja perlu tetapi mesti dipraktikkan dalam amalan pembelajaran di setiap kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...