Rabu, 16 November 2011

Kampung Boy Sebenarnya Animasi Terbaik Dari Malaysia








Adakah anda masih lagi mengingati cerita animasi atau komik Kampung Boy karya Dato Lat (Mohd Nor Bin Khalid) ini? Sekarang zaman animasi Upin dan Ipin bukan? Tapi percayakah anda bahawa animasi Upin dan Ipin belum setanding lagi dengan animasi Kampung Boy walau pun animasi Upin dan Ipin menggunakan tenik CGI yang lebih moden.






Kartun-kartun lakaran Dato Lat ini semuanya mengambarkan suasana kampung, kebudayaan dan tradisi yang ada di Malaysia. Orang Jerman siap cakap dorang mengenali Malaysia melalui animasi Kampung Boy.







Kampung Boy satu-satunya karya anak jati Malaysia yang berjaya membawa warna warni kemakmuran negara Malaysia dimata dunia. Tira berharap Upin dan Ipin akan mampu menjadi generasi animasi yang menyambung kejayaan Kampung Boy ini. Malaysia Boleh!





************************************************************************

Fakta: Tahukah anda bahawa watak utama di dalam Kampung Boy adalah seorang budak yang bernama Mamat. Karekter ini diinspirasikan oleh Dato Lat daripada saudara kandungnya sendiri iaitu Mamat Khalid seorang pengarah filem tempatan (Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah).








Sumber: http://ceritatira.blogspot.com/2011/02/kampung-boy-sebenarnya-animasi-terbaik.html

Selasa, 15 November 2011





Tragedi Nadra (1989)
Penulis: Haja Maiden



Sesiapa yang ada buku ini? Boleh jual kat saya tak?...

Ulasan:

Bagaimana kita boleh mengaitkan semangat persaudaraan dan kekitaan sesama insan yang bangkit menentang pihak yang cuba mempermainkan agama, mengecilkan hati pihak yang terbabit dengan memandang rendah keupayaan pihak yang lain.

Seingat saya dahulu, ada filem seputar kisah Nadra berjudul Jasmin 1 dan Jasmin 2 yang saya ingat turut dilakonkan oleh Rosnani Jamil. Masih kecil ketka filem ini ditayangkan dipanggung, sekitar 1980-an. Carian di Youtube tidak berhasil. Malah Google tidak banyak membantu. Stesen tv tidak lagi menayangkan, mungkin merasa ia isu sensitf. Tetapi mengapa tidak djiual secara terhad, atau dipaparkan kembali ruang bicara mengenai filem ini (jika tidak mahu menyentuh isu Nadra secara terus)?

Di mana boleh saya dapatkan salinan filem ini? Boleh bantu?


Dewan Masyarakat dalam 7 keluaran / bulan pada 1989 hingga 1990


Sumber: http://norziati.blogspot.com/2009/07/buku-tragedi-nadra.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...