Ahad, 30 Januari 2011

SENI HALUS

Makna Seni Halus

Seni halus itu dapat ditafsirkan sebagai kegiatan melahirkan perasaan dan idea melalui rekaan seni yang berbentuk lukisan, catan, cetakan dan binaan arca. Rekaan seni halus biasanya dipamerkan di galeri seni, ruang tamu, dewan dan pelbagai tempat awam.
Karya lukisan (drawing) biasanya dilukis diatas permukaan kertas yang rata dengan menggunakan arang, pensil, atau pena. Lukisan dihasilkan berasaskan tema yang dilukis secara lakaran, lorekan, sapuan dan gosokan seperti bentuk model yang digunakan. Katakan jika model yang digunakan beberapa biji buah dalam bakul, maka lukisan yang dihasilkan juga menggambarkan benda yang sama. Ketika proses menghasikan karya itu pelukis akan menggabungkan perasaan, idea dan imajinasi didalam karyanya. Kerana itu jika model yang sama dihasilkan oleh sepuluh orang pelukis, maka kita dapat sepuluh lukisan yang berbeza dari segi bentuk, sudut pandangan, gaya lorekan dan teknik sapuan yang digunakan. Keindahan sesuatu lukisan bergantung kepada kehalusan serta ketelitian kerja yang dilakukan oleh pelukis.
Catan biasanya dilukis dengan menggunakan bahan bewarna seperti cat air atau cat minyak. Cat air menggunakan kertas sebagai tapak karya. Manakala Cat Minyak menggunakan kain kanvas yang dicat dengan undercoat, yang di regang pada pemidang kayu. Tiap karya catan dilukis berasaskan tema seperti lanskap, binatang, manusia, tumbuhan dan sebagainya. Yang membezakan sesuatu karya catan itu adalah disebabkan kehalusan kerja seni yang dihasilkan oleh pelukis melalui olahan teknik, tema, serta media cat yang digunakan. Beberapa pelukis agung Eropah yang pernah menghasilkan karya yang hebat seperti Leodardo da Venci dengan catan Mona Lisa, Albert Durer dengan cat air 'The Great Piece of Turf'. Di Malaysia diantara pulukis cat air yang terkenal seperl Razali Buyong, Husssein Enas, Abdulah Arif , Tay Hoi Keat dan lain-lain lagi.
Cetakan adalah karya seni halus yang dihasilkan melalui terapan blok atau plat di atas permukaan kertas, kain dan sebagainya. Seni ini telah berkembang di Eropah sejak abad ke 14. lagi .Terdapat beberapa jenis plat yang digunakan untuk menghasilkan imej cetakan seperti kayu, logam, getah, lino, playwood dan sebagainya. Untuk menghasilkan imej diatas permukaan plat ia dilakukan dengan cara mengguris, mengukir, memotong, menebuk dengan pelbagai teknik supaya menghasilkan imej yang cantik dan menarik.
Arca adalah karya seni halus yang berbentuk binaan. Karya arca boleh dinikmati dari pelbagai sudut.Sejarah awal seni halus arca telah bermula sejak 4500 yang lampau dengan penemuan patung CYCLADIC di sebuah pulau di Laut Aegean. Pelbagai teknik digunakan untuk menghasilkan arca, seperti dengan cara memotong, mengukir, mengikat, menambah, mensepuh dan sebagainya. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan arca seperti batu, kayu, besi, kertas, logam dan sebagainya. Arca boleh dihasilkan secara statik, digantung atau bergerak.

PENGENALAN SENI VISUAL




PENGERTIAN SENI VISUAL

Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan dan sebagainya.

Manakala seni membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.

Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran.

Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D.




PENGKELASAN SENI VISUAL

Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan perekaan.

I) Pengkaryaan

Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan, seni cetak dan arca.




II) Perekaan

Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap.

APA ITU SENI?

Seni adalah proses atau produk yang sengaja menetapkan unsur-unsur dalam suatu cara yang menarik indra atau emosi. Ini merangkumi pelbagai kegiatan manusia, ciptaan, dan cara berekspresi, termasuk muzik, sastera, filem, patung, dan lukisan. Makna seni ini dibahas dalam cabang falsafah yang dikenali sebagai estetika.

Definisi dan evaluasi seni telah menjadi sangat bermasalah sejak awal abad ke-20. Richard Wollheim membezakan tiga pendekatan: yang Realis, dimana high estetika merupakan nilai mutlak terlepas daripada pandangan manusia; yang objektivis, dimana juga merupakan nilai mutlak, tetapi bergantung pada pengalaman manusia secara umum dan kedudukan relativis, dimana tidak nilai mutlak, tetapi bergantung pada, dan bervariasi dengan, pengalaman manusia manusia yang berbeza.

JEPARA KOTA UKIR

Penyu rasaksa mendarat di pantai Jepara?


Namun penyu itu hanyalah mercu tanda baru Pantai Kartini, sebuah kawasan rekreasi popular yang menghadap Laut Jawa. Bangunan berbentuk penyu itu merupakan sebuah akuarium yang mempamerkan hidupan alam samudera. Pantai Kartini bukanlah tarikan utama penulis ke Jepara. Ia sebuah kota bersejarah, unik dan indah yang terletak tidak jauh dari bandar Semarang, ibu kota provinsi Jawa Tengah.


Apa yang meruntun hati ke daerah Jepara ialah untuk melihat kerajinan penduduk termasuk kalangan wanita dalam bidang seni ukiran kayu dan pembuatan perabot kayu jati. Pintu gerbang di sempadan daerah itu terpampang “Jepara Kota Ukir” sementara pintu gerbang di jalan utama dalam pekan yang sinonim dengan perabot jati itu bertulis “Jepara Bumi Kartini, Bersatu Bersama Membangun Jepara.”


Di sebuah bulatan, tersergam patung Kartini yang memimpin budak perempuan. Kartini ialah pelopor kebangkitan wanita Indonesia. Kartini lahir di Jepara pada 21 April 1879 dan meninggal pada 1904 merupakan idola wanita Indonesia. Wanita itu diisytiharkan Pahlawan Kemerdekaan Nasional oleh presiden pertama Indonesia, Soekarno dan sampai sekarang setiap 21 April, Indonesia memperingati Hari Kartini bagi mengenang jasa dan perjuangan membela kaum wanita. Apa yang menarik tentang Jepara ialah pusat pembuatan perabot jati dan dari berbagai-bagai kayu bermutu lain.


Kerajinan dan kemahiran pengukir perabot tradisional itu tidak boleh dipertikaikan. Sentuhan tangan mereka menyebabkan Jepara terkenal termasuk di Malaysia. Perabot jati bukan sahaja mahal tetapi menjadi pilihan orang berada dan kalangan bangsawan. Seni mengukir memerlukan kesabaran dan penghayatan. Sentuhan tangan pengukir Jepara cukup mengagumkan kerana mereka mewarisi seni itu daripada ibu bapa dan nenek moyang. Berapakah upah yang diterima oleh seniman ukir dan buruh-buruh yang melakukan kerja awal seperti menggergaji kayu, menjahit, menebuk dan membentuk sebuah set perabot? Mereka memberitahu mendapat antara RM4 hingga RM15 sehari dan upahnya dibayar setiap minggu. Sama ada percaya atau tidak itulah hakikat kehidupan para pekerja dalam industri perabot Jepara.


Bengkel

Ramai pekerja yang sudah berusia 50 tahun ke atas termasuk wanita yang sanggup melakukan kerja di dalam bengkel yang sentiasa terdedah kepada habuk dari pagi hingga petang. Satu ketika, industri perabot jati hampir gulung tikar kerana tekanan ekonomi hingga para pekerja hilang mata pencarian. Namun industri itu kini kembali bangkit dan menawarkan pekerjaan kepada ribuan penduduk setempat.

Setiap tempat mempunyai bengkel khas untuk membuat jenis perabot tertentu. Umpamanya di Sukodono ialah desa membuat meja makan, Mantingan tempat membuat rak dan meja hias, Tahunan dikhaskan membuat katil atau ranjang, Pesajen pula menempatkan bengkel meja sudut dan set sofa.


Industri perabot di situ juga masih dijalankan secara tradisonal dan menggunakan peralatan mesin yang sudah lapuk.

Di sesetengah kampung industri hiliran dijalankan belakang rumah sebelum dikumpul dan dipasang di tempat pembuatan terakhir sebelum dihantar ke kota lain termasuk Jakarta dan keluar negara untuk pasaran. Sepanjang Jalan Tahunan di pusat kota Jepara terdapat bilik-bilik pameran dan toko-toko perabot jati. Apa yang jelas, harga perabot jati di Jepara tidaklah semurah berbanding 10 atau 15 tahun dulu kerana kekurangan kayu jati, selain pemusnahan hutan dan penebangan liar. Namun perabot jati masih menjadi kegemaran di tengah kehadiran perabot eksklusif dari Itali, China dan negara Eropah lain. Penggemar perabot jati Jepara sanggup menempah dan membayar harga yang mahal.


Seorang wanita 40an kelihatan masih teliti mengukir walaupun hari semakin petang. Dia tetap tekun walaupun sedar upah yang diperoleh tidak setimpal dengan usahanya. Seperti seekor penyu yang meneran sakit dan menangis semasa hendak bertelur di pantai Kepulauan Karimunjawa, telurnya yang berkhasiat diambil untuk dijual dengan harga yang mahal. Begitu juga nasib wanita dan pengukir kayu Jepara. Jika Ibu Kartini masih hidup, dia juga tentunya akan menangis.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...